07 November 2009

Terbaru dan mantee


Ini cerita kami, Beg cendawan yang telah siap disusun di rak


Bangsal terbaru yang telah siap pembinaan

Lawatan ke tempat perusahaan cendawan En Asyid yang merupakan salah satu mantee "anak didik" kami yang telah memulakan perniagaan cendawan setelah tamat kursus.

Bangsal cendawan beliau


Kawasan perusahaan En Asyid, permulaan berkat kesungguhan beliau

27 October 2009

Kiasan berita baru


Penglibatan orang kuat terbaru KCS, saudara ewan "baju putih" memegang bahagian operasi bersama pekerja yang dari kawasan setempat.


Ini menyeronokkan, pembinaan bangsal baru. Insyallah boleh memuatkan 15,000 beg cendawan. Semua kakitangan KCS terlibat dalam pembinaan.


Sebahagian struktur bangsal telah siap. Kerja diteruskan.


Pembinaan tapak pemprosesan selepas binaan bangsal di tapak operasi yang baru.


Bilik suntik yang berhawa dingin melengkapkan operasi pembuatan beg cendawan.


Bahagian kukus dan penyimpanan cendawan "peti ais"

17 August 2009

Pemprosesan Baru Siap

Hasil usaha bersama dengan orang kuat KCS "Ajin". Berjaya juga menyiapkan tempat pemprosesan beg media dengan tulang 4 kerat..

Bilik suntik dah guna aircon..hehehe..keras la menyuntik nanti..

Peti ais pun dah ada untuk tempatkan benih, hasil cendawan sementara belum diedar @ dijual.

Persekitaran tempat proses. Dalam usaha mendapatkan mesin bagging samaada 1 slot atau 7 slot.insya'allah




Sekitar pandangan bangunan, beratapkan nipah. "Ajin berbaju merah" sebalik kanves biru. Dalam kanves tu habuk kayu getah.

29 May 2009

TERBARU DARI LADANG..hehe

As'salamualaikum semua.. Ini aktiviti ulangan yang terbaru iaitu "Kursus Cendawan" dari ladang KCS Agrofarm. Selain itu, aktiviti biasa seperti eksperimen teknologi cendawan, membuat beg media je.. Sebab tu tak banyak cerita dari pihak kami. Kali ni, seorang peserta wanita turut serta kursus kami. Kursus kali nie disertai 4 orang peserta dan konsep kursus diubah dalam bentuk mesyuarat.



Macam biasa, praktikalnya dalam penanaman cendawan diserah tugas pada peserta. Biar peserta merasai sendiri cara pemprosesannya.



Teknik memadat beg media satu senaman yang baik..hehe

Kisahnya memang sampai di sini sebab aktiviti seterusnya di kawasan baru projek kami. Jadi, tak berkesempatan tok ambil gambar seterusnya. sekian, sebarang pertanyaan boleh hubungi kami..

15 January 2009

Kursus Terbaru & Perkhidmatan!!!

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU

ANJURAN : KCS AGROFARM
LOKASI : NO 19 KAMPUNG BATU 26, PEKAN NENAS PONTIAN
TARIKH : 17 MEI 2009
MASA : 9.00AM – 5.00PTG
YURAN : RM 150.00

1) KURSUS MELIPUTI 90% PRAKTIKAL, 10% TEORI
2) MAKANAN, MINUMAN DISEDIAKAN
3) SIJIL SERTA NOTA KURSUS DISEDIAKAN
4) TERHAD KEPADA 10 ORANG SAHAJA

PERTANYAAN/PENGESAHAN TEMPAT, HUBUNGI :- AJIN 017-7808980
BAYARAN ( MAYBANK ) : 1511-5552-9639, ATAS NAMA S. FARZIN B. JAFAR
PENDAFTARAN DIBUKA SEHINGGA : 10 MEI 2009

-Leher, penutup, rehat
-Plastik PP
-Dedak Gandum/Dedak Padi
-Beg Media
-Benih Cendawan
-Cendawan Segar
-Habuk Kayu
-Tepung Goreng Cendawan Berempah
-EM

11 January 2009

Kursus (Episod 1)

Alhamdulillah, dapat juga pihak Kcs-agrofarm meneruskan kursus seterusnya. Penglibatan 4 peserta dibawah dalam kursus kali ini membantu pihak kami berusaha dengan lebih baik dalam penyampaian maklumat, proses pembuatan, penuaian dan penghasilan cendawan..
Melihat peserta kali ni, kite perasan ada golongan veteran iaitu "Wak Nen". Orangnya yang berkopiah, banyak persoalan diajukan daripada wak nen. Boleh tahan wak nen nie..kalah anak muda yang turut serta dalam mengajukan soalan.
Tak banyak bancuhan dibuat, cukup untuk pembelajaran peserta dalam proses pembuatan..


Wak Nen dengan skop hikmatnya (pemegang panjang)..hehehe. Untuk keselesaan Wak Nen sebenarnya.

Memang santai masa kerja memadat beg media..Wak Nen dengan ceritanya sambil memadat sampai meletup beg media dipadatnya..Tak banyak gambar sempat diambil, lebih lagi semasa di rumah cendawan. Lagipun rumah cendawan berada ditapak lain. Ini kerana target untuk mengkomersil tanaman cendawan telah masuk fasa 1. Persediaan fasa dilakukan secara berperingkat.amin..

03 January 2009

PESAN Noorlidah, berhati-hati memilih cendawan kerana ada antaranya beracun.

BILIKNYA yang berukuran 15 x 20 kaki persegi di Institut Sains Biologi, Fakulti Sains Universiti Malaya (UM) dipenuhi dengan ribuan buku dan makalah mengenai cendawan.
Replika tumbuhan itu serta gambar semasa mengikuti seminar di dalam serta luar negara turut menghiasi ruangan bilik pakar cendawan Prof. Noorlidah Abdullah, 47.
Malah tumbuhan unik itu telah membawa beliau merantau hingga ke China, Thailand, India dan Switzerland.
“Jika rumah saya bukan jenis teres dan terletak di bandar Kepong, telah lama saya mengusahakan cendawan secara serius,” ujarnya ketawa.
Obsesnya pada cendawan membuatkan Noorlidah menetapkan salah satu menu makanan keluarganya berasaskan cendawan sebanyak tiga kali seminggu.

Katanya, cendawan kememeh masak lemak cili api serta daging boleh membuatkan suami dan enam orang anaknya kecur air liur.
“Semuanya bermula apabila tamat pengajian Ijazah Doktor Falsafah Mikologi Makanan di UM. Pengkhususan kepada kulat yang merosakkan makanan selama 10 tahun membuat saya beralih memilih kajian tentang cendawan.
“Setelah lima tahun mengkaji cendawan saya terpikat dengan misteri serta khazanah yang tersembunyi terutamanya dari segi perubatan dan komersial,” katanya yang berasal dari Kuala Lumpur.
Namun, beliau memberi nasihat sekiranya seseorang tersesat di hutan dan terdesak untuk mencari sumber makanan, cendawan bukan merupakan alternatif utama.
“Corak cendawan hampir sama namun ada yang beracun dan tidak. Mereka yang biasa dengan hutan dan pakar tumbuhan sahaja mengetahuinya,” katanya tegas.
Ujarnya lagi, kini hanya terdapat 10 orang pakar cendawan di Malaysia. Sekiranya bilangannya lebih ramai, ia mungkin dapat merancakkan ekonomi negara dan tidak semata-mata bergantung kepada import cendawan dari China.

Bayangkan di China sahaja terdapat lebih 100 pusat penyelidikan cendawan.
“Negara kita hanya mengeluarkan 24,000 kilogram cendawan sedangkan permintaan sebenarnya ialah 50,000 kg.
“Jika penanaman cendawan dapat dikomersialkan lagi kita tidak perlu mengimportnya. Selain itu, penambahan pusat penyelidikan baru mungkin dapat menghasilkan penemuan baru khasiat cendawan,” katanya.
Asal cendawan cukup unik. Ia dikatakan ditemui oleh penduduk desa Perancis sebagai sumber makanan dan perubatan pada ratusan tahun dahulu. Mereka menanamnya di gua kerana tumbuhan itu memerlukan suhu yang lembap dan sejuk.
Malah rekod sejarah awal China menunjukkan cendawan digunakan untuk perubatan tradisional dan pada lukisan klasik China. Alat kebesaran maharaja turut mempunyai corak cendawan.
Beliau menambah, cendawan sebenarnya mempunyai banyak khasiat dari sudut perubatan.
“Ia mampu memulihkan penyakit batuk, merawat gastrik dan mengawal tekanan darah kerana ia kaya dengan zat besi, mineral dan amino serta antioksida,” ujarnya.

Kini dianggarkan terdapat 15,000 jenis cendawan daripada 1.5 juta kulat yang wujud. Tetapi terdapat ratusan ribu lagi yang belum ditemui dan tidak mempunyai nama.
Menyentuh mengenai komersialisme cendawan pada masa hadapan, Noorlidah memberitahu, tidak mustahil terdapat aiskrim cendawan dan coklat cendawan yang dijual di pasaran.
“Jika sekarang terdapat minuman cendawan dalam tin, tidak mustahil tidak lama lagi kanak-kanak dapat merasai kelazatan aiskrim cendawan.
“Cuma jangan takut untuk mengkaji idea baru, itu rahsianya,” kata Noorlidah. – MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM.