08 July 2008

Artikel

CENDAWAN POTENSI RAIH PENDAPATAN LUMAYAN,

Kerajaan disaran melihat potensi tanaman cendawan tiram kelabu, dalam usaha membasmi kemiskinan tegar seluruh negara. Dekan Fakulti Agro Industri Sumber Asli Universiti Malaysia Kelantan, Dr Ibrahim Che Omar, berkata potensi pulangan adalah berdasarkan pengeluaran daripada 12,000 polibeg, dengan anggaran kutipan membabitkan 800 beg sehari, bermakna pengusaha mampu mengeluarkan 40 kilogram sehari.

Berdasarkan harga borong RM5 sekilogram,pengusaha cendawan mampu memperoleh pendapatan sehingga RM6,000 sebulan. Beliau berkara, kos permulaan kira-kira RM40,000 bagi rumah cendawan, ruang penyediaan, habuk kayu, gas, penyumbang beg, set dapur dan dedak halus serta beberapa peralatan lain. “ Ada lebih kurang 30,000 jenis cendawan seluruh dunia dengan 5,000 daripadanya boleh dimakan tetapi di Malaysia daripada 5,000 spesis yang ada, hanya 17 yang boleh dimakan.”

Katanya, cendawan tiram dianggap mempunyai penggemar yang ramai di seluruh dunia kerana khasiat sebagai antioksida serta pilihan yang baik menggantikan protein haiwan dan dipercayai boleh mencegah barah. Ia bertujuan memberi pendedahan berkaitan penanaman cendawan supaya dijadikan aktiviti ekonomi harian dan aspek keusahawanan turut diterapkan.

Profile Usahawantani




Abdul Aziz bin kasnon, berasal dari Bandar Hilir Melaka. Sekarang menetap dialamat: Blok Ixora, Perumahan Polis Balai Polis Pontian Johor.Kelulusan akademik Sijil Kejuruteraan Mekanikal ( Politeknik Johor Bahru ). Kursus dihadiri PROGRAM BICARA TANI anjuran
Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani, BENGKEL INDENTIFIKASI PROJEK PERINGKAT NEGERI JOHOR 2008 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Sirim Johor, KURSUS ASAS PERNIAGAAN PERINGKAT NEGERI JOHOR anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor.
Azam 2009, perusahaan cendawan berjaya dikomersilkan dengan lebih besar berbanding sekarang..amin